Header Ads

[Video] Harga Iphone X Bermula Dari RM 5,149



Harga iPhone X dan ia adalah RM 5,149 untuk storan 64GB dan RM 5,899 untuk storan 256GB seperti dipaparkan pada laman web Apple Malaysia sekaligus meletakkannya sebagai iPhone termahal pernah dijual di Malaysia serta mungkin juga antara smartphone termahal.
iPhone X merupakan telefon pintar dengan beberapa ciri-ciri tambahan daripada seperti Tiada butang 'home' dan akses kepada fon terus menggunakan Face ID iaitu pengesan wajah antara ciri baru dalam model terkini iPhone X (dibaca iPhone 10).

Skrinnya pula penuh di depan seakan tanpa sempadan pada saiz 5.8 inci menggunakan paparan Super Retina yang menyokong HDR dalam Dolby Vision serta HDR10.

Kamera depan beresolusi 7 megapiksel manakala kamera utama 12 megapiksel Dwi kamera dengan lensa f2.4 serta f/1.8 menjadikan imej lebih cantik.

Lengkap fungsi pengecasan tanpa wayar, iPhone X mempunyai ciri Portrait Photo Lighting pada kamera depan

Selain itu ia juga menggunakan teknologi kamera inframerah dengan rangkaian 'neural' bagi untuk fungsi keselamatan membuka paparan utama serta apple pay.

Telefon baru ini mempunyai puluhan emoji yang menukar wajah anda kepada imej lebih kreatif serta perbagai lagi fungsi batu yang diperkenalkan.




Tiada ulasan