Header Ads

Jualan Tiket Abang Long Fadil 2 Melepasi Polis Evo Pemegang Rekod Filem Jualan Tiket Tertinggi



Sebelum ini, Polis Evo memegang rekod filem mencatat jualan tiket tertinggi sebanyak RM17.7 juta.

Tetapi kini filem terbitan Skop Production Sdn Bhd, Abang Long Fadil 2 meraih kutipan RM17.8 juta hingga semalam, sekali gus memecah rekod jualan tiket tertinggi yang dipegang Polis Evo, dua tahun lalu.

Filem arahan Syafiq Yusof dibintangi Zizan Razak, Syamsul Yusof, Shuib, Datuk AC Mizal, Achey, Wak Doyok, A Galak dan Tania Hudson dan telah mula ditayangkan pada 24 Ogos lalu itu, masih boleh ditonton di 70 pawagam di seluruh negara.


Penerbit filem Abang Long Fadil 2, Datuk Yusof Haslam, berkata jualan tiket memberangsangkan itu membuktikan industri perfileman tempatan kembali cerah.

"Saya melihat kebangkitan semula filem Melayu semakin positif dengan persaingan sihat dalam kalangan pengarah muda.

"Jika dua tahun lalu, filem Polis Evo karya sutradara baharu, Ghaz Abu Bakar mengejutkan industri perfileman, kini ramai pengarah muda berlumba-lumba menghasilkan filem berkualiti.

"Saya juga lihat saingan antara anak saya, Syamsul dan Syafiq yang sentiasa mahu filem arahan mereka meningkat kepada tahap lebih tinggi setiap tahun," katanya kepada BH Online.

Sumber : Berita Harian

Tiada ulasan