Header Ads

Tarikh Rasmi Penjualan iPhone 8, 8 Plus di Malaysia


APPLE telah mengesahkan 20 Oktober ini sebagai tarikh penjualan iPhone 8 dan 8 Plus secara rasmi di Malaysia.

Dalam laman rasmi syarikat terbabit, iPhone 8 dan 8 Plus boleh ditempah bermula 13 Oktober ini.

Empat syarikat telekomunikasi utama di Malaysia turut bakal memperkenalkan pakej iPhone baru masing-masing dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, syarikat e-dagang 11Street menjadi syarikat pertama menerima pratempahan iPhone 8 dan 8 Plus bagi pasaran Malaysia.

iPhone 8 dijual pada harga RM3,649 dan RM4,399 masing-masing untuk storan 64GB serta 256GB.

Tetapi iphone X dengan full design terbaru masih belum disahkan lagi untuk jualan di Malaysia.


Sumber : MyMetro

Tiada ulasan