Header Ads

[Video] Filem Tombiruo.. Tarzan Malaysia?


Satu lagi filem yang harus mendapat pujian melangit adalah filem Tombiruo Penunggu Rimba yang bakal ditayangkan pada 2017 mendapat perhatian ramai kerana merupakan filem pertama adaptasi karya Ramlee Awang Murshid (RAM). 



Seperti sedia maklum, Ramlee Awang Murshid merupakan antara penulis karya thriller terhebat Malaysia. Bagi mereka yang merupakan peminat novelis terkenal Ramlee Awang Murshid, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton, kerana beliau sendiri sebagai penulis cukup berpuas hati dengan filem ini. 

Filem Tombiruo Penunggu Rimba membariskan bintang popular tanah air yang hebat-hebat seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Datuk M Nasir, Nabila Huda, Faizal Hussein dan Faye Kusyairi.




Filem Tombiruo mengisahkan penunggu rimba yang menjadi legenda di hutan keningau. Dia bukanlah hantu tetapi wira tidak berwajah manusia yang berselindung di sebalik topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya. 

Insiden hutan, rumah tempat tinggalnya diceroboh untuk dibangunkan projek empangan sehingga mengorbankan bapanya Pondoluo menyemarakkan dendam dalam hati pemuda ini yang nekad memburu mereka yang bertanggungjawab. 

Bermulalah pengembaraan Tombiruo yang membawa kepada satu dunia baru yang mengubah perspektif dan dimensi hidupnya. Inilah antara filem yang wajib ditonton pada tahun ini. 

Secara keseluruhan,kami yakin filem ini akan memberikan persepsi baru terhadap industri perfileman negara masa kini.

Tiada ulasan