Azmil Mustapha 'Ali Setan' Meninggal Dunia

Pelakon filem Ali Setan yang popular tahun 1980-an iaitu Azmil Mustapha meninggal dunia kira-kira pukul  12.40 tengah hari pada Rabu.
Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 9, Shah Alam dekat sini pada usia 65 tahun akibat sakit jantung.
Berita itu disahkan oleh adiknya Aziph Mustapha
Sebelum ini, pada November tahun lalu Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana kesukaran bernafas
Selain Ali Setan, filem lain yang turut mengangkat nama beliau ialah Mekanik. Allahyarham pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki lima orang anak hasil perkahwinan itu berusia antara 15 tahun dan 32 tahun. Dia juga mempunyai tiga orang cucu berusia antara dua dan lima tahun.
Gambar Azmil Mustafa bersama ahli keluarganya di Damshik, Syria. Foto ihsan ikhwanzhaki.blogspot. com
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..
AL-FATIHAH dan SALAM TAKZIAH.

Tiada ulasan