Daihatsu Sirion 'Myvi' Untuk Pasaran Indonesia


Hari ini telah berlangsung pelancaran Daihatsu Sirion yang baru untuk pasaran Indonesia. Seperti sebelum ini Daihatsu Sirion untuk pasaran Indonesia adalah penjenamaan semula daripada model Produa Myvi, import CBU terus daripada Malaysia.

Untuk pasaran Indonesia hanya satu tawaran enjin ditawarkan iaitu 1.3L engine bersama 5 speed manual atau 4 kelajuan auto.

Harga yang ditawarkan pada Rp 182.5 juta (RM52,655) untuk MT dan Rp 193.5 juta (RM55,819) untuk AT.

Harga di Indonesia ini ternyata lebih mahal berbanding Myvi 1.3L untuk pasaran Malaysia yang harga bermula daripada RM44,300 sehingga RM48,300.

Spesifikasi Sirion 1.3L pasaran Indonesia berdasarkan kepada trim Myvi 1.5L yang mempunyai 2 warna 15-inch rim dan 2-DIN touchscreen multimedia.

Selain Sirion pasaran Indonesia didatangkan bersama LED headlamp, fog lamp, front dan rear parking sensor, keyless entry dan push start, leather steering bersama audio/phone control dan headrest kerusi belakang boleh laras.


Tiada ulasan