Identiti Sebenar Nur Sajat ‘Dihalang’ Pihak Ketiga - Kata Jakim


Jakim menjelaskan bahawa tempoh sebulan yang dijangkakan untuk mendedahkan identiti Sajat sebelum ini, mungkin akan dipanjangkan tempohnya apabila ada pihak ketiga cuba menghalang perkara itu.

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, prosedur itu ‘dihalang’ oleh orang ketiga daripada pihak Sajat.

“Ada gangguan daripada pihak ketiga buat masa sekarang ini,” katanya memetik laporan MStar Online tanpa mendedahkan siapa individu tersebut.

Ditanya bila prosedur tersebut ‘dihalang’ pihak ketiga, Mohd Izwan hanya berkata: “apa-apa kami akan maklumkan kemudian, tapi pada masa ini ada terhalang.”


Bagaimanapun, Mohd Izwan yang juga pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Jakim berkata, pihaknya tetap komited meneruskan proses memujuk Sajat untuk mendapatkan pengesahan identiti sebenar bagi menjawab persoalan masyarakat.

Pada 19 Januari lalu, Mohd Izwan dalam satu kenyataan berkata, Jakim bersetuju beberapa proses perlu dilalui oleh Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi, dan dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum.

---

Isu ini bermula apabila timbul kekecohan mengenai isu pertemuan Sajat dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berikutan video viral daripada Papa Gomo

Visual dipertontonkan itu menunjukkan dia menghubungi sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung isu jantina usahawan tersebut.

Menerusi rakaman perbualan itu, Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris mengadu kepada Jamil Khir mengenai tingkah laku Sajat yang menyerupai wanita.


Sumber: Sinaronline, mynewshub

Tiada ulasan