Iqram Dinzly Terselamat Daripada Buku Lima Altimet


"Baru dapat tahu masa #AJL32 hari tu, Che Iqram (Iqram Dinzly) nak naik pentas masa aku buat persembahan. Syabas kepada petugas Media Prima Berhad sebab lindungi dia daripada 'kecederaan'.

"Ini hip hop, 'bro'. Kalau tak diundang naik pentas (tetapi) kau naik juga, siku, kaki, buku lima semua kau boleh jamah 'der'. Adat kami lain sikit," kata Altimet menerusi Twitter.


Katanya, beliau baru dimaklumkan mengenai insiden terbabit dan secara sinis mengatakan, tindakan pantas pihak berkenaan mampu mengelakkan pelakon itu mendapat kecederaan.

Terdahulu, kelibat Iqram turut dilihat menaiki pentas utama ketika pemenang Juara Lagu, Hael Husaini, membawakan kembali lagu Jampi sebelum majlis anugerah itu berakhir.


Tiada ulasan