Jorge Pereyra Diaz Pula Tinggalkan JDT

Macam ada yang tak kene, selepas Ulisses Morais, terkini Jorge Pereyra Diaz pula angkat kaki meninggalkan JDT 'Blah macam tu jer.."

Berikut adalah keterangan rasmi daripada Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim di facebook rasmi Johor Southern Tigers
---
"Kami ingin memaklumkan kepada para penyokong bahawa pemain kami, Jorge Pereyra Diaz telah meninggalkan hotel penginapan pasukan pada 12.00 tengah malam kelmarin di Singapura sebelum pasukan berlepas ke Vietnam untuk perlawanan AFC.

Ejen beliau telah menghubungi kami dan memberitahu tentang niat pemain tersebut yang ingin meninggalkan kelab. Kelab telah membuat keputusan untuk menghormati keputusan tersebut dan membiarkan beliau pergi. Kami akan mencari pengganti pemain luar negara yang baharu untuk ditandatangani apabila jendela perpindahan dibuka bulan Jun nanti."

IKLAN


Sumber: fbpage Johor Southern Tigers 

Tiada ulasan