Salah Faham Tentang ' FUEL TANK RESERVE'


Baru-baru ini viral di media sosial mengenai kenyataan bahawa aras penanda bahanapi ('fuel gauge') kenderaan yang bertanda 'E' bermaksud 'Enough' bukan 'Empty'. Saya rasa perlu diperjelaskan perkara ini sebelum ia mendatangkan kemudaratan. 

Maklumat ini disebarkan oleh portal media sosial seperti Media Selangor (sebanyak lebih 400 'shares') dan Viral Media Johor (sebanyak lebih 12 ribu 'shares') mendakwa bahawa apabila aras penanda bahanapi ('fuel gauge') berada pada aras 'E' kenderaan masih boleh dipandu sejauh 60 km, malah boleh ditambah kepada 80 km dengan 'cara yang betul'. Dan dikatakan bahawa tanda 'E' pada 'fuel gauge' bermaksud 'Enough' (cukup) bukan 'Empty' (habis).


Sedikit pencerahan: 

1. 'E' pada 'fuel gauge' bermakna 'Empty'. Inilah yang disebutkan oleh portal YourMechanic.com dan Wikipedia. Saya tak tahu dari mana asalnya dakwaan 'E' bermakna 'Enough'. 

2. Memang benar masih ada sedikit baki bahanapi di dalam tangki walaupun 'fuel gauge' menunjukkan 'E'. Ini dikenali sebagai 'fuel tank reserve', ia suatu 'feature by design' yang memberi peluang kepada pemandu agar segera mengisi bahanapi kenderaan. Malah jika keadaan ini berterusan dan aras bahanapi semakin rendah, lampu amaran 'low fuel' pula akan menyala. 

3. 'Fuel tank reserve' (dan baki km perjalanan) adalah tidak standard, dan TIDAK SAMA UNTUK SEMUA KENDERAAN. Menurut kajian yang dijalankan oleh YourMechanic.com baki perjalanan berbeza daripada serendah 40 km sehingga lebih 100 km. Perlu difahami juga bahawa kaedah pengukuran bahanapi adalah satu mekanisme anggaran bukan ketepatan. 

4. Adalah berbahaya beranggapan 'E' bermaksud 'Enough' kerana ia boleh membina 'mindset' "Tidak mengapa, minyak masih cukup". Sedangkan pemandu sepatutnya segera mengisi minyak kenderaannya. 

5. Seorang pelawat FB Viral Media Johor menceritakan bahawa keretanya kehabisan minyak sebelum sampai ke bandar Klang, walaupun 'fuel gauge' menunjukkan atas aras 'E' di Shah Alam, sedangkan jarak di antara keduanya lebih kurang 10 km. Bermaksud kenyataan 'mampu berjalan sekurang-kurangnya 60 km' adalah tidak tepat! 

6. Cara untuk mengukur 'fuel tank reserve' di kenderaan anda: (a) Dapatkan maklumat tentang saiz isipadu tangki bahanapi kenderaan anda (selalunya daripada manual kenderaan, contohnya kereta saya adalah 55 liter).  (b) Pergi isi minyak apabila 'fuel gauge' menunjukkan 'E', dan isi sehingga penuh. Perhatikan isipadu minyak yang telah diisi.  (c) Tolakkan isipadu minyak (a) dengan minyak (b). Inilah saiz 'fuel tank reserve' kenderaan anda. (d) Dan ini boleh di'convert' kepada baki perjalanan jika anda mengetahui kadar penggunaan minyak ('fuel economy') kenderaan anda (selalunya dalam unit km/liter atau liter/100 km atau mpg).


7. Adalah berbahaya membiarkan aras minyak terlalu rendah, contohnya apabila kenderaan terhenti di jalanraya yang sibuk dan berkenderaan laju. Aras minyak yang rendah di dalam tangki juga mendatangkan risiko mendapan atau kotoran disedut dan dipindahkan ke enjin, yang boleh merosakkan 'fuel pump', 'fuel line' dan malahan enjin. Ramai pakar automotif menyarankan memastikan sekurang-kurangnya 1/4 tangki penuh pada setiap masa. 

Jadi saranan saya, sebagai pemandu perhatikanlah 'fuel gauge' itu dengan kerap, dan isi semula SEBELUM ia 'E', bukan tunggu ia 'E', apatah lagi tunggu lampu amaran menyala. Anggaplah 'E' itu (hampir) 'empty', bukan 'enough'. Jadilah pemandu yang bijak dan proaktif, bukan acah-acah bijak dan reaktif. 

When it comes to driving, don't push to the limit. 

Selamat memandu. 

Rujukan: 
1. https://www.yourmechanic.com/question/what-does-the-fuel-gauge-tell-you
2. https://en.wikipedia.org/wiki/Fuel_gauge
3. http://www.autoguide.com/auto-news/2013/08/how-far-can-you-drive-on-empty.html
4. Pengalaman sendiri kereta habis petrol

Sumber:FB Akram Safia

Tiada ulasan