[Video] Kapal Layar Mewah Jho Low Dirampas


Kapal layar mewah kontroversi Jho Low yang didakwa menggunakan wang 1MDB telah dirampas di Bali Indonesia hari ini.

Aset AS$260 juta itu dijejak Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.

IKLAN


Berita ini telah dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa yang memetik stesen TV tempatan MetroTV.

Berdasarkan gambar dan video, kelihatan beberapa anggota polis di atas kapal itu. Turut kelihatan beberapa lelaki berkulit putih yang tidak dapat dipastikan identiti mereka sama ada anak kapal dan penguatkuasa negara lain.


1MDB sedang berdepan siasatan di beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.

Pemfailan mahkamah oleh DOJ mendakwa kapal bernama The Equanimity itu dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih daripada AS$250 juta yang didakwa disalahguna daripada 1MDB.

Menurut pemfailan itu, The Equanimity berukuran 300 kaki (91.4 meter) yang dibina oleh Oceanco di Rotterdam, Belanda, pada tahun 2014, dan didaftarkan di Kepulauan Cayman.

Ia boleh membawa 26 tetamu dan sehingga 33 anak kapal. Kemudahannya termasuk pad pendaratan helikopter, gimnasium, panggung wayang, sauna, bilik wap dan 'experimental shower' dan kolam mandi. Ia telah memenangi anugerah "Best in Show" di Pertunjukan Monaco Yacht pada tahun 2014.

Satu laporan South China Morning Post (SCMP) tahun lepas berkata Low telah menjadi tuan rumah beberapa majlis parti yang menampilkan beberapa selebriti seperti Leonardo DiCaprio.

IKLAN



Sumber:Metrotv & MalaysiaKini
Gambar Kredit: Free Malaysia Today & Metrotv

Tiada ulasan