[Video] Meng'anjing' Namewee Bertemakan Tahun Baru Cina


Bermula dengan lagu Negaraku diubah suai hinggalah filem Banglasia yang disekat siaran, serta beberapa hasil seni lain antara sebab kerjaya selebriti dan Youtuber bernama Namewee terus terkenal, semuanya kerana kontroversi negatif.

Selepas lagu Negaraku yang diubah suai dipertikai sehingga di Parlimen, filemnya Banglasia disekat tayangan, beberapa hasil seni dikecam menghina Islam dan Malaysia, kini Wee Meng Chee tampil dengan video lagu baharu.

Namewee menyiarkan klip video bertemakan Tahun Baru Cina menggunakan simbol zodiak anjing pada 10 Februari yg lalu. 

Seperti yang kita duga, tidak lari dari kontroversi, lagu baru itu juga berbaur sindiran.

Menyindir siapa atau apa, anda tentukan sendiri.

“Anjing di setiap negara menyalak dengan berbeza. Paling istimewa tentu sekali dari Malaysia (Awak tolong saya, saya tolong kamu)… Jadi dari mana jua anda, beritahu saya bagaimana anjing di negara anda menyalak?” tulisnya dalam kiriman status video berkenaan semalam.

Lagu itu dirakam di kawasan lapang berlatarkan bangunan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya menampilkan beberapa orang penari membuat aksi bertopengkan muka anjing.

Namewee yang duduk di atas kerusi di tengah-tengah, menyanyi menyerupai cara anjing menyalak di setiap negara sambil menyindir cara anjing Malaysia menyalak, “Mari mari wang wang”.

Di akhir klip, kedengaran bunyi kereta peronda, lalu penari dan Namawee berlakon seolah-olah  diri dari kawasan itu.


Sumber:FMT

Tiada ulasan