[Video] Neelofa Berdosa, Wajib Bertaubat! - Imam Muda Fakhrul


Neelofa sekali lagi jadi bahan natizen apabila melancarkan Koleksi Tudung terbaru Naelofar Hijab di kelab malam, bukan sebarang kelab malam tapi di Zouk KL. kelab Malam ke 21 terbaik didunia. malah turun hadir adalah ibu beliau untuk memeriahkan majlis.

Bagi Imam Muda Fakhrul pula, matlamat tidak menghalalkan cara, malah perlu ditegur dan wajib bertaubat, berikut petikan daripada facebook beliau;

IKLAN


Apa hukum buat pelancaran tudung di Kelab Malam??

Hukum asal harus dan berpahala. Tapi bila buat di Kelab malam jadi haram. Haram bukan sebab pelancaran tudung tapi kerana buat di kelab malam, pergaulan tanpa batasan, hiburan melampau dan penuh dengan fitnah. Fitnah kepada seorang muslimah dan muslim, fitnah kepada pemakaian syariat dan fitnah kepada agama.

Pelaku dan yang terlibat dengannya berdosa, wajib bertaubat.

Saya ambil kerja Tuhan??. Maaf, Tuhan yang minta saya buat kerja ni!.

“Kena berlembut jangan berkasar”.. Maaf, sesetengah orang hatinya penuh karat. Tak tercabut dengan air. Kena pakai tukul besi!. Tak percaya?, rujuk pendekatan dakwah Rasulullah. Yang nak berlembut, silakan. Tapi kena ada yang bertegas. Kalau tak, naik lemak dia!.

“Ajak jangan hukum”. Maaf, saya tak menghukum. Saya MEMBERITAHU hukum dari Yang Maha Menghukum. Dan saya sedang MENGAJAK mereka untuk mengikut hukum.

“Ini kesalahan peribadi bukan kesalahan umum”. Maaf, kalau kesalahan peribadi melibatkan umum maka ia menjadi kesalahan umum.




Mungkin dia nak dakwah” Maaf, matlamat tak menghalalkan cara. Dakwah ada kaedah bukan main rembat ikut hati. Tapi ikut Nabi!.

“Tak apa, yang penting niat dan hati dia baik”. Maaf, hati yang baik tak akan pergi ke tempat yang tidak baik dan perlakuan yang tidak baik”.

“Jangan boikot!. Macamana Melayu nak maju?”. Saya kata boikot semua tudung yang tak menepati syariat. Maju biarlah berkat. Kita nak maju juga dalam kubur dan di akhirat. Apa ada pada Melayu?. Adat bersendi syariat!.

Nak kata apa lagi??. Katalah!. Selagi mampu kata. Esok di akhirat mulut dah tak mampu berkata-kata kecuali tangan dan kaki mereka. (Surah Yasin). Pemiliknya berkata, tak peduli kata-kata orang. Betul, kata-kata Allah pun kau bakul sampahkan apalah sangat kata-kata orang.

Ya Allah.. sesungguhnya aku telah menyampaikan.



IKLAN


Berikut sedikit video majlis pelancaran tudung Neelofa yang dengan jayanya berlangsung di Zouk Nigh Club!



Sumber : FB Imam Muda Fakhrul

Tiada ulasan