Ada Sebab Sajat Tolak Tawaran Berlakon Bersama Datuk Awie


Sajat usahawan kosmetik yang cukup kontroversi berkata telah menolak tawaran berlakon serta berpeluang bergandingan bersama Datuk Awie dalam filem berjudul "Operasi X"

Beliau berkata “Watak dalam filem itu ialah sebagai wanita yang menjadi pembantu kepada watak lakonan Awie,” katanya.

Menurut Sajat, dia terpaksa menolak tawaran itu kerana ada komitmen lain membabitkan perniagaannya.

IKLAN



“Memang saya minat dalam bidang seni, tetapi perniagaan tetap menjadi keutamaan, katanya.

Ditanya sama ada dia menyesal menolak tawaran itu, Sajat berkata, akan ada rezeki lain buatnya.

“Bukanlah tidak menyesal atau apa, tetapi saya anggap ini bukan rezeki. Insya-Allah, kalau ada tawaran lakonan lain selepas ini, saya akan terima,” katanya.

Sajat menolak kenyataan dia sengaja mencari publisiti dan mengejar glamor.

IKLAN


Sumber : Harian Metro

Tiada ulasan