Berkahwin Dengan Janda & Kemudian Menjandakan Isteri Sendiri?



"Saya bukan wanita terbaik untuk Ude dan dia sudah jumpa yang lebih baik untuk dirinya. Saya doa yang terbaik untuknya pada masa mendatang."

Begitulah luahan isteri pertama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, Intan Liana Saleh, ketika berkongsi perkembangan status rumah tangganya bersama lelaki terbabit, yang juga suami kepada pelakon, Izreen Azminda.

Pernah membuat keputusan rela bermadu dengan aktres itu sebelum ini, namun Intan kini mengaku dirinya reda dengan apa saja ketentuan takdir dan keputusan dilakukan suaminya, termasuk perpisahan.

IKLAN


Semalam, Ude dan Intan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi urusan lafaz cerai selepas pemuzik memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan pada 30 November 2017.

Berikut kes ini, Ude telah mendapat kecaman netizen di media sosial. Berikut adalah salah satu luahan yang menarik untuk dikongsi bersama daripada Puan Sha Arjunalaila yang telah mendapat perkongsian sebanyak 27k dan lebih 8.4k komen setakat post ini ditulis.

---

DIA KATA DIA REDHA, TAPI KITA TAK TAHU BERAPA PULUH KALI DIA BERSEDIH DALAM REDHA

"Saya masih sayang dia" 
Itu yang dijawab Intan bila ditanya wartawan tentang perasaan dia.

Hebatnya Intan. Walau sedih menghitung hari nak dilafazkan cerai oleh suami, dia masih kata "sayang".

Ude pula ?

" Perpisahan adalah jalan terbaik. Saya dah tiada hati pada intan " - kata Ude.

5 tahun berkahwin , dah ada anak anak. 
Baru sekarang kata tak ada hati lagi ? 
Mudahnya cinta disampahkan. 
Mudahnya cinta dilupakan.
Ini bukan cinta budak budak hingusan, tapi cinta yang dah termeterai beserta lafaz akad nikah.



Intan kata Intan redha untuk terima walau Ude berkahwin tanpa beritahu dia.
Aku yakin Intan redha dalam pasrah. 
Terpaksa berserah sebab semuanya dah berlaku.

Aku yakin Intan berkali kali fikir mana silap dia ?
Apa salah dia ?
Sebab sebelum ni perkahwinan yang dia sendiri rasa tak ada masalah, tak ada bergaduh apa apa. Tiba tiba hadir orang ke tiga.

Dia sayangkan suami dia.
Sebab tu dia redha walau dimadukan.

Lelaki jenis apa ? 
Berkahwin dengan janda dan kemudian menjandakan isteri sendiri ?

Dia buta ke ? 
Tak nampak ke Intan tu perempuan yang baik?

Tahun lepas wartawan interview Intan bila terbongkar suami dia berkahwin lain.
Intan tetap jawab dengan senyum untuk terima apa yang dah berlaku. 
Intan cuba berkata positif mungkin dia dengan Izreen boleh jadi kawan.
Intan siap salahkan diri sendiri sebab mungkin silap dia tak pandai jaga suami.
Intan tetap keluarkan kata kata yang baik sebab sayangkan perkahwinan dia.

Tak semua orang sekuat dia.
Aku rasa majoriti perempuan memang tak suka berkongsi suami.
Kalau "terpaksa" suka memang ramai.

Intan ada kata dia tak ada transport.
Bergerak mana mana sekarang bergantung pada keluarga. Yela, suami dah tinggalkan dia.


IKLAN


Aku rasa perkara ni boleh buat perempuan perempuan lain buka mata sikit.
Kita perempuan.
Tak tahu sampai bila disayang.
Tak tahu sampai bila dihargai.

Lebih lebih lagi untuk perempuan muda yang belum berkahwin. 
Cuba untuk ada kereta sendiri. 
Berkeras untuk ada "aset" kecil tu.
Kalau tak mampu lagi, paling penting kena ada lesen kereta.
Tak ada lesen ? Buat ! Mesti buat. 
Biar mudah untuk teruskan hidup kalau kalau "ditinggalkan" begini.

Ditinggalkan ? Atau tak dihargai lagi ?
Tak apa.Teruskan hidup baru semula.
Tak perlu nak bersedih lebih lebih untuk orang yang tak bersedih untuk kita.

Tengok Intan, dia cuba untuk kuat.
Raut wajah tak boleh tipu. Kita sendiri yang dengar dia cakap pun boleh menitis air mata.
Apatah lagi dia.

Semoga dia kuat dengan dugaan.
Jangan risau Intan. 
Ramai yang kata Intan perempuan hebat.
Ramai yang kata Intan perempuan yang baik.
Ramai yang doakan Intan bahagia.
Semoga satu masa nanti Allah hadiahkan semanis manis hikmah untuk Intan.

Untuk Ude
Mungkin Intan tak pernah kata kau bodoh.
Mungkin Intan tak pernah nak maki hamun kau.
Tapi tahniah, sebab aku rasa berguni guni bodoh dan cacian yang netizen dah lontarkan pada kau.
Semoga bahagia dan tenang ya ! 😂



Sumber : Sha Arjunalaila & Berita Harian
Gambar utama kredit: Beautifulnara

Tiada ulasan