Coklat Ini Pernah Diharamkan di Amerika Syarikat?


Coklat yang cukup popular di kalangan kanak kanak ini sebenarnya pernah diharamkan penjualan di Amerika Syarikat.

Mengapa?

Sebelum "Kinder Joy' produk pertama ada 'Kinder Surprise' dihasilkan oleh sebuah pengeluar coklat terkemuka yang berasal dari Itali, Ferraro. Produk popular ini didatangkan dalam bentuk telur dan di dalamnya terdapat 2 bahagian iaitu bahagian coklat di luar dan bahagian mainan di dalam.

IKLAN


Coklat ini diharamkan penjualannya di Amerika kerana ia bertentangan dengan peraturan yang melarang sebarang objek yang “tidak bernutrisi” diletakkan di dalam makanan kecuali jika ia memiliki fungsi yang berguna.

Walaupun ia diharamkan penjualannya di US, coklat tersebut boleh dibeli di negara jiran seperti Canada dan Mexico. Ramai yang cuba menyeludup masuk coklat ini ke US dan akhirnya menerima padah! Sejak 2011, pihak kastam telah berjaya merampas kira kira 60 ribu coklat ini dan pesalah boleh di denda sehingga USD 2500 bagi setiap biji coklat!

Akhirnya pada Mei 2017, coklat ini akhirnya diberi lampu hijau setelah pengeluar coklat bersetuju untuk mengasingkan coklat dan mainan dan ia di pasarkan sebagai "Kinder Joy".

Risiko Tercekik

Pada 2012, FDA mengeluarkan satu lagi amaran mengenai risiko tercekik dan kematian bagi objek asing yang di letakkan di dalam makanan.

“Amaran- produk ini mengandungi bahagian yang boleh menyebabkan kanak kanak tercekik dan tidak sesuai untuk kanak kanak berusia 3 tahun ke bawah”

Di UK, seorang kanak kanak berusia 3 tahun, Jennifer Ashton, maut akibat tercekit figura Pink Panther yang terdapat di dalam coklat Kinder Joy. Kes yang sama di Perancis, seorang kanak kanak berusia 3 tahun maut akibat tercekik mainan dari coklat tersebut dan telah disahkan maut akibat saluran pernafasan tersumbat.


Susulan dari kes tersebut, 3 keluarga yang telah kematian anak akibat tercekit mainan telah berkempen agar coklat tersebut diharamkan di pasaran EU. Pihak syarikat menyatakan bahawa ia merupakan satu kemalangan yang tidak dapat di duga. Akhirnya, keputusan pihak Kementerian Perdagangan UK berpihak kepada syarikat coklat.

Selain di US, coklat ini juga di haramkan penjualannya di Chile. Ia berikutan satu undang undang khas yang telah digubal pada tahun 2013 yang melarang sebarang bentuk iklan yang menggunakan hadiah seperti mainan untuk sebagai tarikan kepada pembeli khususnya kanak kanak.

Kemudian pada tahun 2016, satu undang-undang Pelabelan Makanan baru memaksa pengeluar makanan untuk memasukkan label memberi AMARAN kepada pengguna mengenai sebarang makanan yang tinggi dalam gula, lemak tepu, sodium, dan kalori.

IKLAN


Mimpi Ngeri Di Kaunter Bayaran

Di Malaysia, coklat ini bagaikan ‘mimpi ngeri’ yang sering menghantui ibu bapa apabila tiba di kaunter bayaran. Baru baru ini telah tular satu status di media sosial yang merayu agar coklat ini tidak di letakkan di kaunter bayaran di pasaraya.

Untuk makluman, bukan sahaja coklat Kinder Joy, segala jenis coklat, minuman ringan dan rokok sememangnya dengan sengaja dipamerkan dan di letakkan berhampiran kaunter bayaran untuk menarik minat pembeli.


Produk produk ini bukan sahaja merabakkan dompet ibu bapa tetapi apa yang lebih penting adalah memberi kesan buruk kepada kesihatan kanak kanak.

Menyedari akan ancaman ini, atas desakan masyarakat, beberapa pasaraya utama di negara luar seperti Tesco (UK) , Woolworths (Afrika Selatan) telah mengambil keputusan untuk melarang jualan coklat dan makanan tidak sihat di rak kaunter bayaran. Rak rak tersebut telah isi dengan buah buahan dan makanan yang lebih berkhasiat.

Kesimpulan

Artikel ini BUKAN ditulis untuk memboikot produk Kinder Joy tetapi untuk memberi kesedaran kepada masyarkat mengenai 2 isu iaitu;

- Bahaya objek/ mainan yang diletakkan bersama makanan.
- Pemasaran produk makanan tidak sihat di kaunter pembayaran

Jika di perhatikan, kesedaran masyarakat luar mengenai kepentingan pemakanan sihat dan selamat telah semakin meningkat. Dengan sokongan dan desakan masyarakat, pelbagai polisi baru di perkenalkan khusus untuk menepis pemasaran produk makanan yang tidak sihat kepada pengguna.

“ala…sendiri yang pilih, tiada siapa paksa untuk makan”

Ya, memang ia merupakan satu pilihan individu untuk makan atau tidak, tetapi pengguna dan masyarakat perlu dilindungi dari pemasaran industri makanan yang sentiasa mempengaruhi masyarakat untuk membuat pilihan makanan yang tidak sihat, kaya lemak, tinggi garam dan gula.

Malaysia bagaimana? 

Sumber dan Like "see first" Public Health Malaysia untuk lebih banyak informasi kesihatan berguna.

Tiada ulasan