Datuk Farid Kamil Akan Didakwa Esok Atas Tuduhan Membuat Laporan Palsu


Datuk Farid Kamil bakal didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok di atas kesalahan membuat laporan palsu berhubung kes dadah yang dihadapinya.

Farid Kamil akan dituduh mengikut seksyen 192 Kanun Keseksaan. "Kes telah dirujuk kepada Pengarah Perundangan Negeri Selangor dan diarahkan dituduh mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mengada-adakan keterangan palsu," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat.

IKLAN


Pada 4 Feb lepas, Farid Kamil membuat laporan polis menyatakan dirinya telah dianiaya tiga rakan artis yang didakwa mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga menyebabkan dirinya berkelakuan ganas tetapi dalam satu sidang media di Shah Alam beberapa hari selepas itu Farid Kamil mendakwa, dua individu yang diminta tampil bagi membantu siasatan polis dalam kes melibatkan dirinya bukan rakan artis berkenaan.

Jelas Farid, nama dan foto dua individu tersebut telah diserahkan kepada pihak polis ketika laporan dibuat namun siasatan telah dilakukan terhadap individu berbeza.

IKLAN


Sumber dari Astro Awani

Tiada ulasan