Jutawan Tone Group - Tuah Peniaga Kedai Makan


Abdul Hafiz Azam, 38, berasal dari Gemencheh, Negeri Sembilan merupakan seorang peniaga kedai makan telah mendapat durian runtuh apabila telah diumumkan sebagai pemenang bertuah Final Draw Tone Group yang berlangsung pada semalam, 3hb March di Kuala Lumpur berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM1 juta.

Beliau antara bertuah terpilih daripada 100,000 ahli aktif Tone Group.

Pengerusi Eksekutif Tone Group, Datuk Syed Kamaruzaman Syed Abdullah berkata, program kali kelapan itu merupakan inisiatif tahunan yang diberikan kepada ahli yang aktif.

IKLAN


“Pihak Tone Group telah mengadakan sesi pemilihan secara elektronik pada bulan lalu dan kita telah memilih seramai 30 orang untuk mencabut undi pada majlis ini seterusnya memilih siapa pemenang yang bertuah.

“Pemenang yang bertuah membawa pulang RM1 juta, pemenang kedua pula seba­nyak RM100,000 manakala tempat ketiga mendapat RM10,000,” katanya ketika di­temui dalam majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Tone Group 2018 di sini hari ini.


Tone Group yang terdiri daripada Tone Excel International Sdn. Bhd. dan Tone Plus Sdn. Bhd. serta Tone Exel International Sdn.Bhd. telah diwujudkan pada tahun 2010 untuk memberi perkhidmatan terbaik dalam industri telekomunikasi di negara ini.

IKLAN


Jelas Syed Kamaruzaman, Tone Group kini mempunyai lebih 400,000 ahli dan sentiasa membantu mereka mencapai tahap kewangan yang stabil melalui konsep pemasaran yang inovatif.

“Kita telah menggabungkan kepakaran daripada bidang insurans, servis kewa­ngan dan rangkaian pemasaran bagi mengukuhkan lagi model perniagaan yang memboleh­kan pengguna mewujudkan pendapatan tambahan,” katanya.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang salah satu produk Tone Group iaitu Tone Excel boleh dapatkan laporan percuma di SINI. Siapa tahu mungkin rezeki anda pula di tahun hadapan.


Sumber: Utusan

Tiada ulasan