Live Streaming Tampines Rovers vs JDT - 6 Mac 2018 Piala AFC


Juara Liga Super Malaysia (MSL) Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Persija Jakarta pada perlawanan pembukaan kumpulan H tetapi mereka tumpas dengan kekalahan 2-0 kepada pasukan Vietnam, Song Lam Nghe Yang, yang memusnakan harapan mereka mengekalkan rekod 100 peratus mereka setakat ini.


IKLAN



JDT mungkin berdepan dengan beberapa pemain yang keletihan seperti Safiq Rahim, Natxo Insa, Hariss Harun dan Luciano Figueroa kerana semua mereka  baru sahaja menentang Sabah pada pusingan kedua Piala FA pada hari Sabtu yang lepas.


Dengan hanya pemenang kumpulan secara automatik melalui pusingan seterusnya, JDT mungkin akan membawa semua senjata melawan Stags - misi mesti menang pada perlawana ini.

Bagi Tampines pula, pasukan mereka masih segar kerana S.League masih belum bermula, tetapi itu tidak semestinya menjadi perkara yang utama ketika JDT masih dalam mood pra-musim.


IKLAN


Bagi anda yang ingin menonton secara siaran langsung Tampines Rovers vs JDT, anda boleh tonton siaran langsung di saluran Astro Fox Sports HD saluran 832

InshaAllah nanti kami akan kongsikan link live streaming Tampines Rovers vs JDT untuk tontonan online atau boleh lihat live score

Sumber: FourFourTwo

Tiada ulasan