Menteri Kesihatan Kecewa Kondom Buatan China Kecil



Menteri kesihatan Zimbabwe meluahkan kebimbangannya terhadap produk kondom dihasilkan di China, katanya ia tidak muat untuk lelaki di negaranya.

Ekoran itu, David Parirenyatwa mengajak pengilang tempatan menghasilkan produk kondom lebih besar, menepati kehendak pengguna Zimbabwe sebagai penyelesaian masalah saiz bagi kondom dari China.

Parirenyatwa berkata demikian dalam majlis pelancaran persidangan kesedaran AIDS/HIV, “Zimbabwe Private-Sector HIV/AIDS and Wellness” di Harare.

“Kami mempromosi kondom untuk kedua-dua lelaki dan wanita. Walaupun generasi muda ada pilihan kondom tertentu, tetapi kita tidak menghasilkannya.

IKLAN


“Kalau anda mahu kekal dalam perniagaan (sektor swasta) secara besar-besaran, tolong hasilkan kondom sendiri. Kami menerima banyak aduan mengenai kondom dihasilkan di China terlalu kecil. Kita kena hasilkan kondom sendiri,” katanya seperti dipetik The Sun.


Menurut laman web, New Zimbabwe, sekurang-kurangnya 109 juta kondom diagihkan di seluruh Afrika pada 2016, iaitu kira-kira 33 kondom setiap seorang.

Ini menjadikan Zimbabwe, salah satu daripada 5 negara melampaui statistik Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-Benggsa Bersatu yang hanya mengehadkan 30 kondom seorang setahun.

Manakala Ketua Eksekutif pengilang kondom, Beijing Daxiang and His Friends, Zhao Chuan berkata pihaknya bersedia menghasilkan kondom lebih besar mengikut permintaan pasaran.

“Kami memulakan tinjauan data ke atas negara pengimport kondom kami dan berusaha menyediakan produk menepati kehendak pelanggan pelbagai saiz,” katanya seperti dipetik South China Morning Post.

Pada tahun 2015, purata saiz zakar lelaki di Zimbabwe ialah 6.1 inci manakala lelaki di China pula kurang 4.3 inci.

IKLAN


Kredit: FMT

Tiada ulasan