Renew Roadtax Melalui Proses Biasa Bagi Kenderan Tamat Tempoh Tidak Lebih 3 Tahun


Pemilik motor dan kenderaan yang cukai jalannya tamat tempoh tidak lebih 3 tahun, kini dibenarkan memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan mereka tanpa perlu melalui proses biasa, menerusi program pemutihan yang berkuatkuasa hari ini hingga akhir Jun nanti.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, program pemutihan yang pertama kali dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mendapat sokongan serta kerjasama syarikat insurans.

IKLAN


“Saya menyeru pemilik kenderaan terlibat mengambil peluang ini untuk memperbaharui semula cukai jalan dan insurans kenderaan mereka dalam tempoh 3 bulan ini.


“Program pemutihan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat, khususnya mereka yang berada dalam golongan B40 (kumpulan berpendapatan isi rumah 40% terendah),” katanya selepas melancarkan Karnival Kementerian Pengangkutan hari ini.

Katanya, pemilik motosikal dan kenderaan terlibat akan menikmati potongan bayaran insurans jika memperbaharuinya dalam tempoh itu.

Sebelum ini jika cukai jalan yang tidak diperbaharui selepas setahun, pemeriksaan puspakom keatas kenderaan hendaklah dilakukan secara menyeluruh.

IKLAN


Sumber : FMT

Tiada ulasan