[Video] Malique Balas Lagu Altimate 'Mambang' Melalui Kmy Kmo Menerusi Lagu ' Gong Neraka'?


26 Februari lalu, penyanyi rap otai Altimet muat naik single terbaharunya yang berjudul MAMBANG. Meneruskan konsep persembahan AJL 32 tempoh hari, lagu ini menampilkan elemen muzik traditional. Namun lagu ini menarik perhatian ramai kerana lirik lagu itu sangat kontorversial.

Lagu yang bernada sindir itu dipercayai ditujukan pada lagenda rap Malique. Ini kerana rujukan yang digunakan Altimet dalam lagu itu agak tepat dengan fakta berkenaan Maliue.

“9 tahun 3 album, bro aku boleh kira”

IKLAN


Dalam masa 9 tahun bergerak secara solo, Malique terbit 3 album dibawah syarikat miliknya - Qarma Music, iaitu O.K (2008), K.O The Mixtape (2009), TKO: Pejamkan Mata (2016)

“Apa kes ulang lagu, macam karaoke brah?”

Malique seorang penulis lirik yang agak segar dan tidak klise, namun dia juga terkenal dengan habitnya untuk menggunakan semula lagu atau bait lirik satu lagu, dalam lagunya yang lain. Contohnya, lagu ‘Cerita Kedai Kopi” asalnya adalah lagu ‘Rahsia”.

“Kau acah deep, tulis lagu untuk budak acah deep”

Semua orang tahu sesetengah lirik Malique sangat deep dan digarap dalam bahasa sastera. Kadangkala terlalu deep dan berkodeks sehingga ramai tak dapat fahami maksud sebenar liriknya, seperti dalam “Mantera Beradu”.

Lepas isu dah hangat, Altimet telah menampilkan diri dan memberi penjelasan bahasa lagu MAMBANG itu ditujukan kepada dirinya sendiri. Bila difikirkan semula, ada betul juga. Altimet pun ada 3 album dalam 9 tahun. Dulu(zaman dia aktif rap battle), Altimet ni jenis suka pakai teknikal jargon yang berunsur medikal. Kononnya deep.


"Mambang rambut afro kembang bukan seberang Mambang sebab dulu pernah terlepas pandang "

Namun, ada satu bait lirik dalam lagu MAMBANG yang buat pendengar rasa lagu itu memang ditujukan untuk Malique. Ia berbunyi “Mari aku lagukan ini, kiraah untuk engkau”. Jika disusun perkataan ini secara vertikal, maka ia petunjuknya akan kelihatan:


M - Mari
A - Aku
L - Lagukan
I - Ini
Q - Qiraah (Kiraah)
U - Untuk
E- Engkau

Kebetulan?

IKLAN


Apapun, 12 Mac lalu, anak didik Malique, Kmy Kmo(dan Luca Sickta) telah memuat naik satu single berjudul “GONG NEKARA”.


Gong dan nekara adalah alat muzik tradisional. Nekara adalah gendang satu muka berbentuk pasu yg dipalu dgn rotan. Kedua-dua alat muzik ini digunakan dalam permainan nobat.

GONG NEKARA dikatakan sebagai respon kepada lagu MAMBANG. Lagu ini juga gunakan elemen muzik tradisional dan lebih berani dalam mengkritik naskah yang ditulis Altimet.

rongga ritma rambang gila,
"kuku bima" bacok lidah,
longgar rima lambang nila,
susu dijaga rosak dah diludah

Bait ni mengkritik kelemahan ritma dan rima lagu MAMBANG.
Naik bongkak sudah sampai otak,
Sambil dongak waktu tolak,
Makhluknya rongak kepala botak,
Minda todak namun masih hidup dalam kotak,

Bait ini pula agak main kasar. Ada pemerihalan fizikal di situ. Damn!

Masih tak rasa lagu GONG NEKARA ini ditujukan untuk Altimet? Ada lagi rujukan yang boleh digunakan petunjuk. Antaranya:

“bukan ALPHA atau MAMBANG yang ku gentar hanya Satu.”

MAMBANG merujuk kepada lagu Altimet, dan ALPHA merujuk kepad Altimet(dalam satu episod "16 Baris" milik Joe Flizzow, Altimet melabel dirinya sebagai alpha).

“Aku lempar tari IQRAM mengusik ego tua kau ombak singgah omong nisbah gangguan yang tak dihirau”

Ada sebut nama tari Iqram (mungkin merujuk kepada cubaan Iqram Dinzly menari di pentas AJL semasa Altimet membuat persembahan). Kemudian jika kau susun baris ini secara vertikal, kalian aku nampak:

A - Aku
L - Lempar
T- Tari
I - Iqram
M - Mengusik
E - Ego
T - Tua

K - Kau
O - Ombak
S - Singgah
O - Omong
N - Nisbah
G - Gangguan
Yang Tak Dihirau

Tapi!

IKLAN


Jika dilihat pada info yang dikepil bersama lagu GONG NEKARA di laman Youtube, ia menyatakan lagu dan liriknya ditulis oleh Kmy Kmo dan Luca Sickta. Diterbitkan oleh Luncai Emas Sdn Berhad, bukan Qarma Musiq.

Qarma Musiq pun dah keluarkan penafian terlibat dalam pembikinan lagu GONG NEKARA. Secara tak langsung, bermaksud Malique tak terlibat.

Lagu ini mungkin bukan ditulis dan dinyanyikan oleh Malique, namun ada roh Malique hidup di dalamnya. Lirik GONG NEKARA amat Malique-esque kerana ia mempunyai tatabahasa dan nuansa bahasa Malique. Verse yang lantun oleh Luca Sickta pula mirip flow rap yang sering digunakan Malique.

Sebab itu peminat beliau merasakan seolah-olah lagu ini adalah respon Malique kepada MAMBANG. Altimet dah nafi, Qarma Musiq dah nafi. Jadi, terpulanglah pada tafsiran masing-masing.

Dalam lapangan muzik rap, sindir-menyindir dan kutuk-mengutuk memang sebahagian budayanya. Ada kerana permusuhan, ada juga hanya sekadar elemen kontroversi untuk publisiti. Nothing spread faster and wilder than gossips, right?

Oh ya! Kmy Kmo kata lagu GONG NEKARA ni dia tulis dengan Luca Sickta pasal diri dia.

Apapun, lebih elok jika kita layan karya mereka, bukan sengketa mereka.

---

Altimet - MAMBANG


Sickta - GONG NEKARA


IKLAN


Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan

Tiada ulasan