Terbongkar Aktiviti Penjualan Daging Kucing di Selangor


Kucing yang dibungkus untuk dibekalkan kepada pembeli yang menggemari daging kucing

Berikutan terbongkarnya aktiviti penjualan daging anjing gelandangan di Johor, Malaysia oleh warga asing dari Vietnam tempohari. Animal Malaysia dikejutkan lagi dengan maklumat aktiviti perdagangan daging kucing dalam pasaran gelap oleh warga asing di Selangor.

Aktiviti ini turut dilakukan oleh pendatang asing warga Vietnam di satu premis yang disembunyikan. Dalang utama penjualan daging kucing ini adalah oleh rakyat tempatan yang mengaut keuntungan ribuan ringgit sebulan hasil kekejaman terhadap kucing dan anjing.

IKLAN




Kucing yang disimpan sementara untuk jualan bagi tujuan pemakanan. Kebanyakan kucing diadopt daripada rescuer atas alasan menyayangi kucing

Amat meragukan ada pihak yang mengaku adopter dan mahu menyelamatkan kucing membuat adoption kucing dalam jumlah yang banyak dan tidak masuk akal setiap kali mengadop kucing. Rupa-rupanya ada aktiviti haram seperti ini berlaku.

Cara pendatang asing mematikan kucing dengan merendam dalam air panas supaya bulu dapat dicabut dengan mudah dan menyeluruh.

Menyedihkan apabila tiada undang-undang khusus menghukum pesalah pemakan kucing dan anjing di Malaysia. Menurut undang-undang sedia ada, kesalahan mematikan kucing dan anjing digunapakai sekiranya kematian haiwan bulus tersebut dilakukan secara zalim tanpa penyembelihan mengikut garis panduan sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

IKLAN




Proses membuang bulu kucing selepas mati akibat direndam dalam air panas tanpa penyembelihan.

Animal Malaysia mendesak dan menuntut agar kerajaan menggubal satu rang undang-undang agar meletakkan haiwan seperti kucing dan anjing sebagai haiwan bukan makanan dan dilarang bunuh untuk pemakanan di negara ini.


Kucing yang layur dengan api sebelum dipotong kecil untuk masakan.

Gambar ini adalah gambaran kesan yang berlaku di negara ini akibat sikap dan kebiasaan pemakanan pendatang asing di negara asal mereka.


Hidangan daging kucing yang siap dimasak dan sedia untuk dimakan.

Jika ada maklumat pemerdagangan daging kucing dan mematikan kucing secara zalim mohon salurkan lagi maklumat ke malaysiaanimal@gmail.com

IKLAN


Sumber : Persatuan Haiwan Malaysia

Tiada ulasan