[Video] Status Terkini Jambatan Johor Bahru ke Pontian



Jambatan Johor Bahru ke Pontian menjadi jaringan infrastruktur terbaru ke daerah Pontian akan dipertingkatkan lagi dengan jambatan baru bernilai RM568 juta yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang. Jambatan sepanjang 3km yang akan menghubungkan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) ke Kampung Sungai Boh di Sungai Pulai dijadualkan siap pada Oktober 2020.

Jambatan Johor Bahru ke Pontian serta jalan empat lorong ini akan mengurangkan masa perjalanan dari PTP ke Kukup hanya mengambil masa 15 minit, berbanding dengan perjalanan selama hampir satu jam pada masa sekarang.

IKLAN


Dari Kota Iskandar, ia akan mengambil hanya 30 minit dan bukannya 50 minit. Pelbagai manfaat dari sektor ekonomi dalam masa jangka panjang dengan apabila siapnye projek itu.

Kontraktor yang dilantik akan memastikan bahawa selain membina Jambatan Johor Bahru ke Pontian sejauh 3km, mereka juga akan membina jalan sejauh 4km yang menghubungkan jalan sedia ada ke jambatan.

IKLAN



Kredit : SouthernCorridor Malaysia

Tiada ulasan